Selasa, 22 September 2020

PERISTIWA 13 MEI 1969

PUNCA TRAGEDI 13 MEI 1969 

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua.


                                            KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969 

  Selepas Pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama Parti Tindakan Rakyat(DAP) dan Gerakan kemenangan yang memberangsangkan.Walaupun Parti perikatan masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya.

  Urutan pertistiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen pilihan raya yang kemudian,apabila diteruskan menjadi semakin hangat sehinggan perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu-individu tertentu.DAP dan GERAKAN mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969.

Perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.UMNO berasa tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut.Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor mengetuai perarakan tersebut.

  Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan kaum berlaku di kawasan tertentu dan jangka masa yang terhad.Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling sahaja(selangor).

 Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor dadlah seramai 172 sehinggan 196 orang.Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka.Para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi.Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan, perintah berkurung, mengawal berita-berita, radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik, dan mengharamkan kempen pilihan raya.(ketika ini Sabah dan Sarawak belum melaksanakan pilihan raya peringkat negeri).

 

 


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA TRAGEDI 13 MEI 1969

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.


  2. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira manakala sekolah Cina dan India pula berkiblatkan negeri asal mereka malah buku-buku teks dan guru yang mengajar juga dibawa masuk dari negeri mereka.Sekolah Inggeris hanya untuk orang-orang Cina dan India yang hanya tinggal di bandar sahaja.


 3. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu.Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .

Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu

                                

4. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara 

Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas 10 tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi.Pada 31 Ogos 1967, kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan mengenai perluasan penggunaan bahasa Melayu antaranya Kempeb Bulan Bahasa Kebangsaan .Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dab Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.


5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .


 

PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA.


 1- Perpaduan Nasional.

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat bersangka baik antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat­menghormati, bertolak ­ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei   1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu­isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini .Oleh itu, kaum-­kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat.   Pendek katatanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

                                                                                                                                                    2. Keadilan  Ekonomi

*Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

*Menyusun semula masyarakat.

Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain .Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya .Objektif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.

 

3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .


 

Situasi ketika rusuhan berlaku.

Keratan akhbar ketika berlakunya rusuhan.


Kelihatan askar-askar mengawal perusuh daripada bertindak lebih agresif.


Video Peristiwa 13 Mei 1969



RUJUKAN=

-https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu
-https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
-http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html




11 ulasan:

Unknown berkata...

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Unknown berkata...

Penerangan yang jelas.. terima Kasih ye

Unknown berkata...

Isi ok mantap๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป ada pengajaran sekali ..bagus marilah ramai² kita amik iktibar daripada sejarah hitam ni agak tidak berulang lagi pada masa akan dtg๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ❤️๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Unknown berkata...

Nice๐Ÿ‘

Siti berkata...

Such a great blog! I can see a lot of fact that can be as a source. Of course for me as well as Sejarah 's Student , its really helping >|<

Unknown berkata...

Very good๐Ÿ‘boleh menambah pengetahuan tentang sejarah..

Hani Nurain berkata...

Perkongsian ilmu yg sangat bermakna. Dapat menambah pengetahuan sejarah kepada pembaca di blog ini. Very good.��

Hani Nurain berkata...

Perkongsian ilmu yg sangat bermakna. Dapat menambah pengetahuan sejarah kepada pembaca di blog ini. Very good.๐Ÿ˜Š

Fahmi fauzi berkata...

Belajar sejarah untuk biar tidak mengulang sejarah ...info yang berguna sangat meminati info2 sejarah ..nice info

Aiman berkata...

Bagus info ni memang terbaik nicerlh sngt berguna bagi saya pelajar mencari info 2 berguna thankslh buat laman web ni memang terbaik

Unknown berkata...

Terbaik perkongsian

PERISTIWA 13 MEI 1969

PUNCA TRAGEDI 13 MEI 1969  Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di ...